Pemuda yang hebat itu bukan sahaja kuat tubuh badan sahaja, tetapi hebat dari segi akhlak dan tingkah lakunya. Banyak sabar, mampu menundukkan hawa nafsu dan rajin menuntut ilmu juga itulah mereka. Lidahnya tidak pernah lalai dari berzikir dan mengingati Allah.
Lalu apa lagi yang kita ingini apabila susuk tubuh pemuda ini bisa memenuhi ruangan medan perjuangan di dunia ini. Kita pasti tertunduk malu dan bersyukur kepada Allah kerana Allah itu sentiasa menyayangi kita dan banyak nikmat berharga yang diberikan kepada kita.
Hadir di benakku, bukan mudah sebenarnya ingin membentuk mereka rijal dakwah ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Antaranya:
1. Sentiasa mengamalkan gaya hidup Islam mengikut ahli sunnah wal jemaah.
2. Ibu bapa sentiasa menjadi contoh qudwah kepada anak-anak dalam tumbesaran mereka.
3. Pastikan anak-anak berada dalam persekitaran yang soleh dan solehah , tidak berkawan dengan golongan yang merosakkan diri mereka.
4. Menitikberatkan pembudayaan ilmu berterusan dalam merintis pemikiran dan pemahaman yang sihat dan terkehadapan.
5. Mengisi masa lapang dengan berinteraksi dengan anak-anak dan menjadi pendengar terbaik buat mereka.
6. Jaga pemakanan ke arah pemakanan yang sihat agar minda mereka cerdas dan badan sihat.
7. Selebihnya sebagai ibu bapa, teruskan berdoa untuk kemenjadian anak-anak kita dan jangan berputus asa jika ada ujian kehidupan menimpa.


No comments:
Post a Comment