Wednesday, December 7, 2011

Remaja Produktif



Akulah anak muda itu
Melayu tidak pernah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku pemuda sejati
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

Puteri Islam Sejati


Wahai puteri, lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan  pembela
Bersama sendu mengalir lesu, tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi, tiada lagi rijaluddin sejati
Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita , engkaulah pengubatnya 
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia
Namun ingat puteri, ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
tuntutlah ilmu itu dengan seikhlas hati

Wahai puteri kau Muslimah sejati
Teguhkan iman, takwamu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
amal perbuatanmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi, dan sentiasa pasrah pada Ilahi
Redha dan sabar dalam menghadapi mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
pengorbananmu kan disanjungi

Puteri solehah, mujahidah ansarullah
Berbekal iman , sabar , taqwa , dan redha
Berilmu , beramal , berkhidmat dan berjuang
Bekorban agar Islamkan gemilang
Bersama puteri, Islam takkan sepi
Subur disirami, harum mewangi
Wahai puteri, kau Muslimah sejati
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.